Bina Negara Itu Seperti Bina Syarikat

ceo bella ammara

Pemerintah negara itu ibarat CEO sebuah syarikat.

CEO sebuah syarikat yang menjalankan tanggungjawab menguruskan syarikat yang diamanahkan oleh rakyat. Disini rakyat ibarat pemegang-pemegang saham. Dan rakyat juga sebagai pekerja untuk syarikat tersebut. Ada dua ‘position’ untuk rakyat.

1. Pemegang saham
2. Pekerja

Sebagai pemerintah, ada 3 steps/perkara penting yang harus dilaksanakan.

1. Memastikan hutang negara dilangsaikan dengan kadar segera.
2. Memastikan simpanan negara cukup untuk menampung rakyat berbulan-bulan/tahun sekiranya kita menghadapi masalah contoh berlakunya perang.
3. Fikirkan bagaimana untuk mendapatkan keuntungan kepada negara supaya keuntungan tersebut boleh dibahagikan kepada pembangunan negara dan ‘public benefits’.

Harus diingat, negara ini hak milik rakyat kerana rakyatlah pemegang saham dan pekerja. Pemerintah dilantik oleh rakyat untuk menguruskan negara yang dimiliki oleh rakyat.

Bagaimana untuk dapatkan keuntungan kepada syarikat/negara?
Pemerintah harus pandai untuk mencari sumber/produk/nilai/servis yang ada di dalam negara untuk dijual kepada orang luar (business to customers) atau negara luar (business to business). Gunakan lah rakyat untuk lakukan kerja-kerja menguruskan sumber/produk/nilai/servis yang ada di dalam negara supaya dapat di jual ke luar negara dan menyebabkan aliran tunai masuk ke dalam negara. Itu cara yang betul. Pemerintah kena bijak memilih dan mengurskan produk jualan. Jangan bergantung harap kepada satu barangan sahaja seperti minyak mentah. Perlbagaikan barangan supaya jika berlaku sesuatu kepada satu barangan seperti minyak mentah, aliran tunai kita tidak lumpuh.

Sebagai CEO syarikat, kita dilarang sama sekali dapatkan duit syarikat dengan meminta atau cukaikan pekerja kita untuk dapatkan aliran tunai. Kita harus jaga pekerja-pekerja kita supaya mereka happy bekerja untuk syarikat. Kita harus mencari aliran tunai melalui pelanggan atau syarikat luar, bukan dalam syarikat kita sendiri. Dengan ini syarikat akan lebih maju untuk membayar hutang, membuat simpanan dan mencari keuntungan untuk memberi keselesaan kepada pekerja.

Menjadi pemerintah bukannya mudah, dialah yang pertama sekali bangun tidur sebelum rakyatnya membuka mata, dialah yang terakhir sekali makan setelah rakyatnya sudah makan, dan dialah yang terakhir sekali tidur setelah semua rakyatnya telah tidur. Itu tanggungjawab. Tanggungjawab bagi mereka yang sayangkan negara dan rakyatnya.

Dan jangan lupa menguruskan syarikat dan negara itu tak jauh larinya. Lihat Rasulullah SAW adalah peniaga yang bertukar jadi pemerintah. Kerana baginda faham apa yang harus dilakukan.

Pandangan ikhlas dari,
Seorang rakyat yang cuba untuk berfikir untuk negaranya.
Yang sayang akan negaranya.

Well, to each his own.