Instagram vs Facebook Mana Satu Paling Power Abad Ini Dan Akan Datang?

instagram vs facebook

Instagram dan Facebook adalah antara top 2 media sosial teratas di dalam dunia. Facebook (2004) mempunyai 1.1 bilion anggaran pelawat sebulan, manakala Instagram (2010) mempunyai 500 juta pelawat sebulan. Kedua-dua platform media social ini mempunyai persamaan dan perbezaan tersendiri.

Facebook telah lebih lama daripada Instagram dan dengan itu mempunyai pangkalan data pengguna yang lebih besar daripada Instagram. Facebook juga lebih popular di kalangan mereka yang lebih berumur (30 tahun ke atas) manakala Instagram lebih popular di kalangan generasi muda (30 tahun ke bawah) dan lebih dimonopoly oleh generasi berumur 18-24.

Walaupun sekarang Facebook mempunyai pengkalan data yang lebih besar, sebenarnya Instagram sedang dalam perjalanan untuk mempunyai pangkalan data yang jauh lebih besar dari Facebook dan ia sedang berkembang dengan sangat pesat. Ini juga merupakan punca pengasas Facebook, Mark Zuckerberg membeli Instagram dengan nilai 1 billion USD pada April 2012 (sekarang bernilai 35 billion USD).

Walaupun Facebook mempunyai bilangan pengguna/akaun yang tinggi berbanding Instagram, tetapi Instagram mempunyai statistik yang lebih baik dalam penglibatan dan perkongsian kandungan. Secara keseluruhannya, walaupun Facebook mempunyai lebih banyak pengguna tetapi Instagram mempunya “engagement” dan “following factor” yang sangat kuat hari demi hari. Perniagaan yang bergantung kepada banyak visual mungkin mendapati Instagram jauh lebih baik daripada Facebook.

Jika perniagaan anda banyak difokuskan kepada demografi yang lebih muda (30 tahun ke bawah), Instagram adalah platform yang lebih baik untuk digunakan. Manakala perniagaan yang menggunakan platform Facebook akan mempunyai akses kepada demografi yang lebih berumur. Harus diingat, yang muda sekarang akan menjadi tua satu masa nanti dan akan menguasi market.

Kajian telah menunjukkan posting di Instagram adalah 10 kali lebih tinggi daripada Facebook. Contohnya, post tertentu dari Adidas diletakkan di dalam akaun Facebook dan Instagramnya serentak. Akaun Facebook Adidas mempunyai 24 juta pengikut manakala akaun Instagramnya hanya mempunyai 9.7 juta pengikut. Post di Instagram mempunyai lebih daripada 130,000 views berbanding 78,000 views Facebook. Post itu juga mempunyai 154 komen di Instagram manakala hanya 67 komen di Facebook.

Instagram secara tepatnya merupakan aplikasi hebat dalam perkongsian foto dan video durasi 1 minit. Instagram sangat bersih tanpa banyak kekacauan seperti yang berlaku di Facebook sekarang. Dan mudah untuk diuruskan, tidak seperti Facebook yang mempunyai banyak perkara yang berlaku, semua pada masa yang sama. Dengan erti kata lain, MENYERABUTKAN.

Facebook dan Instagram amat mudah digunakan apabila ia melibatkan kempen pengiklanan dan pemasaran – FB Ads & IG Ads. Anda boleh menentukan audiance anda, monitor kempen anda, dan mengetahui jumlah orang yang telah dijangkau untuk pengiklanan anda tersebut. Facebook dan Instagram menggunakan “ad manager” yang sama untuk membuat kempen/iklan anda.

Jadi, mana yang lebih baik untuk anda?

Dan kena ingat, Mark Zuckerberg juga membeli Whatsapp dengan nilai 19 billion USD pada Februari 2014. Maksudnya apa?