Insuran Perlindungan Bukti Umat Islam Sudah Lemah

insuran

Ada satu sudut pandangan yang tak ramai orang pandang.

Insuran, satu produk daripada kapitalisme. Umat islam terima konsep insuran ni kerana baitul mal sudah tidak berfungsi seperti yang sepatutnya. Boleh dikatakan, insuran adalah bukti umat islam itu lemah, tidak memperkasakan sistem nya sendiri yang pernah perkasa dahulu.

Manusia di akhir zaman ni ditakut takutkan dengan musibah yang bakal terjadi. Kalau kau sakit, mampu ke kau bayar kos rawatan? Kalau kau mati, sanggup ke kau tinggalkan anak bini terkontang kanting? Ada insuran, semua setel.

Tapi satu hal ni orang tak nampak. Insuran sebenarnya mengikis nilai kemasyarakatan dalam diri manusia. Kalau kita ditimpa musibah, sepatutnya orang sekeliling lah yang patut menolong. Bayangkan kalau setiap jiran2, ahli keluarga kita sanggup sama2 mengumpulkan harta untuk membantu kita yang ditimpa musibah ni, alangkah bagusnya. Ini baru lah islam sebenar. Tapi insuran untuk ahlinya sahaja, kau tak ada duit kau tak layak ditolong.

Bila kita meninggal dunia, keluarga yang masih hidup tu biarlah allah yang pelihara. Tak payah dirisaukan rezeki mereka. Kalau ada harta, keluarga akan mewarisi, kalau tak ada, tak mengapa. Ini lah yang terjadi pada keluarga nabi, bila nabi wafat, tak tinggalkan harta yang banyak, sampaikan saidatina Fatimah sangat kesusahan bila rasulullah wafat, dia pergi pada Abu Bakar untuk menuntut tanah fadak kepunyaan nabi, tapi Abu Bakar tak bagi kerana Nabi tidak mewariskan hartanya. Jadi, tak mengapa kalau kita tak tinggalkan harta untuk keluarga bila kita mati, ini juga salah satu sunnah.

Coretan dari Abdul Halim Ghani

Apa pendapat anda?
To each his own.