Jauh Lagi Perjalanan Hidup Saya Ini. Tapi Fikir-Fikirkanlah

carl samsudin dan belle al yahya

Jauh lagi Perjalanan hidup saya ini. Tapi fikir-fikirkanlah. Jika saya mampu berniaga dari 9 pasang telekung sahaja pada tahun 2012 sehingga ke puluh-ribuan pasang hari ini, kenapa tidak orang lain? Saya ada masa hanya 24 jam sehari, dan adakah orang lain mempunyai masa kurang dari itu? Bangunlah!

Jika anda semua hendak mengubah status kewangan diri anda. Dan sedarlah yang mana dunia ini semakin teruk hari demi hari. Saya yakin selagi kita ini hanya mengharapkan duit gaji tiap hujung bulan, kita akan menjadi hamba dengan keadaan semasa.

Usahakanlah lebih sedikit dari itu. Jika ianya bukan untuk anda, fikirkanlah untuk masa depan generasi, bangsa dan agama anda.”

Muhammad Khalif Samsudin
Co-founder & CEO of Bella Ammara Holdings