Mengapa Kebanyakkan Golongan Muda Tidak Lagi Membeli Rumah dan Kereta?

kereta dan rumah carl samsudin

Memiliki rumah atau kereta bukan lagi menjadi kayu ukur kajayaan seorang anak muda pada masa kini. Sebaliknya bertambah ramai golongan muda dari serata dunia yang tidak mahukan ‘kebendaan’ seperti itu.

Banyak kajian dari luar dan dalam negara menunjukkan bahawa generasi millennial sudah jarang membeli rumah dan kereta. Malah mereka tidak langsung membeli barangan material yang mahal. Golongan ini dipanggil sebagai ‘generasi penyewa’.

Mengapa Hal Ini Terjadi?

Sesetengah pakar mengatakan bahawa hal ini adalah disebabkan oleh generasi moden kebanyakannya menghadapi dan mengelak dari krisis kewangan peribadi melalui pemerhatian dan pembacaan. Sebab itu lah mereka takut dengan loan-loan yang ‘serius’ dan berjangka panjang.

Generasi muda sekarang adalah amat berbeza dengan generasi ibu bapa mereka. Mereka mempunyai nilai-nilai tersendiri yang mereka hargai. Mereka mendefinisikan kejayaan dalam konsep yang cukup moden dan berbeza.

Antaranya adalah:

1. Orang-orang yang berjaya tidak membeli hartanah, mereka hanya menyewa. Ianya tidak relevent lagi macam generasi sebelum ini.

2. Orang-orang yang berjaya melabur dalam pengalaman-pengalaman baru contohnya, mengembara, melibatkan diri dalam sukan-sukan ekstrem dan menubuhkan perniagaan sendiri (start-up).

Mereka tidak lagi mahukan kekayaan atau kestabilan hidup. Mereka hanya mahukan jadual yang fleksibel dan kebebasan dari segi kewangan dan geografi/travel.

Banyak kajian oleh ahli-ahli psikologi telah membuktikan bahawa membelanjakan wang untuk pengalaman-pengalaman baru memberikan lebih kepuasan dan kegembiraan berbanding membeli barangan berbentuk material. Pengalaman adalah sesuatu yang amat berharga, ia tidak akan susut

Mengapa anda harus memiliki kereta jika anda boleh mengambil teksi? Ianya lebih hebat seperti mempunyai kereta peribadi beserta pemandu. Dan ianya adalah lebih jimat daripada yang mempunyai kereta sendiri. Sekiranya anda membayar Rm800 untuk kereta anda sebulan, sebenarnya sekira anda menggunakan teksi atau pengangkutan awam anda mengeluarkan duit jauh lebih rendah dari harga tersebut.

Perkara yang sama dengan hartanah yang anda beli. Anda tidak tahu berapa lama anda akan tinggal di mana anda tinggal sekarang.
Anda mungkin akan menukar kerja anda dalam beberapa tahun akan datang. Jika anda menyewa, tiada apa yang menghalang anda daripada bergerak lebih dekat ke pejabat. Dan anda tidak terikat dengan bebanan bayaran kepada bank dan sekiranya ada ter’skip’ bayar, rumah yang menjadi idaman anda selama ini akan dilelong.

‘The concept of ownership is no longer relevant’

– Jika anda membelanjakan wang untuk pengalaman baru adalah lebih menguntungkan daripada membeli sesuatu yang baru dan mahal. Ianya membawa lebih kegembiraan.

Kenapa kita harus membeli perkara-perkara/benda yang membuatkan kita bimbang? Benda yang kita miliki, terutamanya jika ianya sangat mahal, menjadikan kita bimbang tentang keadaannya. Jika anda membeli kereta mahal, anda sentiasa bimbang jika kereta anda dicalarkan atau dicuri. Jika anda membeli rumah dan diisi dengan barang-barang mahal, anda akan sentiasa takut dirompak contohnya di musim perayaan. Tetapi tiada siapa yang boleh mengambil pengalaman yang anda ada.

Ibu bapa kita terdahulu jarang ‘travel’ sekerap yang kita lakukan kerana kurang kemudahan seperti ‘cheap flight’ and ‘accommodation’. Mereka juga tidak mempunyai banyak peluang untuk memulakan perniagaan baru yang seperti kita perolehi sekarang. Oleh itu, mereka melabur dalam rumah dan kereta, dan kita generasi sekarang tidak mahu berbuat demikian. Lagipun, setiap pembelian jika ia bukan sebuah rumah atau pangsapuri, akan susut dari masa ke masa. Dan banyak juga hartanah yang susut dari masa ke semasa dengan keadaan ekonomi sekarang. Dan jika kita berfikir tentang berapa cepat penurunan nilai hartanah semasa krisis, maka segala-galanya menjadi lebih jelas dan menakutkan.

Pengalaman adalah satu-satunya perkara yang amat penting: ianya tidak akan turun harga, dan tidak akan ada yang dapat mencurinya.

Well, to each his own.

Carl Samsudin,
CEO of Bella Ammara Holdings
**reference brightside.me