Nasihat Berkaitan Pinjaman Perumahan Berteraskan Riba Terselindung

riba pinjaman perumahan

Di dalam Islam, transaksi jual beli di dalam perniagaan adalah ‘transaksi tunai’. Dan ‘transaksi berhutang’ adalah dilakukan jika terdesak sahaja. Dan harus faham ‘transaksi berhutang’ adalah satu transaksi yang mengambil masa untuk menjelaskan keseluruhan pembayaran.

Cuba fikirkan sebagai CONTOH;

Bayangkan satu rumah sedang dijual oleh developer dengan harga RM100K. Saya tiada RM100K untuk membeli rumah tersebut. So called ‘Islamic Bank‘ say no problem. ‘Islamic Bank’ akan berkata, mereka akan membeli rumah tersebut dengan harga RM100K dan akan menjualkanya semula kepada saya dengan harga RM400K.

Apa saya fikir dan rasa? Kenapa saya perlu beli dengan pihak ‘Islamic Bank’ dengan harga RM400K sedangkan pihak developer menjualnya dengan harga RM100K sahaja? Saya mana ada RM400K nak beli rumah tersebut, lalu bank menawarkan ‘transaksi berhutang’ – saya kena bayar RM400K beransuran selama 20 tahun. Saya cuba fikirkan satu persoalan kenapa saya harus bayar extra ‘RM300K’ untuk rumah tersebut disebabkan saya tiada cash?

Hanya ada satu jawapan sahaja untuk persoalan saya tersebut – kerana pihak ‘Islamic Bank’ memberi saya masa 20 tahun untuk melunaskan pembayaran dan menjadikan rumah asalnya berharga RM100K menjadi RM400K. Maksudnya, Masa = Duit (masa berkadar langsung dengan duit, semakin tinggi masa, semaking tinggi duit).

Anda memperolehi duit melalui masa, itu adalah RIBA. Tapi ‘Islamic Bank’ say NO, kerana tiada pinjaman duit berlaku disitu, tiada loan, and they called this is Murabahah. Murabahah adalah bila pembeli & penjual bersetuju dengan harga tersebut tanpa melibatkan ‘masa’. Tapi BAGI SAYA kes ini bukan Murabahah, ianya adalah RIBA secara terselindung.

Cuba hadamkan, postitivekan jiwa. Berfikirlah.

Orang-orang yang makan (mengambil) riba tidak dapat berdiri melainkan seperti berdirinya orang yang kemasukan syaitan lantaran (tekanan) penyakit gila. Keadaan mereka yang demikian itu, adalah disebabkan mereka berkata (berpendapat), sesungguhnya jual-beli itu sama dengan riba, padahal Allah telah menghalalkan jual-beli dan mengharamkan riba. Barang siapa yang datang kepadanya peringatan dari Allah. Lalu ia berhenti maka baginya adalah apa yang telah berlalu dan urusannya adalah kepada Allah dan barang siapa yang kembali lagi, maka mereka adalah penghuni neraka yang kekal di dalamnya. Allah akan menghapus riba dan melipat gandakan sedekah dan Allah tidak suka kepada orang-orang kafir lagi pendosa. – (QS. Al-Baqarah : 275- 276)

Siapakah kita nak katakan mustahil untuk membeli rumah cash dan tanpa dosa riba? Adakah result sesuatu benda di tangan kita atau Allah swt? Kalau “alif lam mim” pun tiada siapa tahu maksudnya, jangankan pula kita memandai lebih dari Allah swt. Allah lihat usaha dan perjuangan kita, dan Dialah menentukan segalanya. Kan Islam di akhir zaman itu seganjil kemunculanya. Pilihlah.