Nasihat Saya Berkenaan Keperluan vs Kehendak

Tiada yang mustahil kalau kita percaya kita mampu buat. Selagi kita tak cuba, jangan bilang perkataan ‘mustahil’ itu. Pada tahun 2012 sebelum saya bermula membuat bussiness, saya bekerja di ‘Islamic Bank’ dengan bergajikan sebanyak RM2,200. Saya bekerja di dibahagian ‘monetary system specialist, major in Gold’. Saya diterima disebabkan beberapa artikel saya dari tahun 2009 di blog lama saya (carlsamsudin.blogspot.com) menarik perhatian ‘Islamic Bank’ tersebut. Dari tahun 2009 sehingga sekarang saya mengkaji perihal wang, matawang & ekonomi Islam (boleh refer blog saya atau sejarah di Facebook saya). Saya bukan bercakap tanpa ilmu dan rujukan.

Walau dengan bergajikan bawah RM3,000, tiada yang mustahil. Bukannya saya ada masa lebih dari 24 jam sehari. Bukannya saya ada 8 tangan. Bukannya saya anak jutawan. Bukannya ibu-bapa saya seorang peniaga. Sama je macam kebanyakan kita. Cuma saya ada satu iaitu yakin boleh dan ‘believe/percaya/iman’.

BACA : 3 perkara awal untuk memajukan sesebuah bussiness
BACA : Membuat ‘RM Sejuta’ dengan bermodalkan RM60 sahaja

Apa itu Keperluan & Kehendak?

Keperluan (need) – Sesuatu yang perlu bagi manusia untuk menjalani kehidupan. Sekiranya kekurangan keperluan akan menyebabkan hasil buruk atau kematian. Keperluan adalah berbeza dengan kehendak.

Kehendak (want) – Sama seperti nafsu. Sekiranya kekurangan kehendak, ianya TIDAK akan menyebabkan hasil buruk atau kematian.

Air kosong adalah keperluan manakala air Starbucks adalah kehendak. Nasi kosong, ayam/ikan, sayur (cukup nutrisi) adalah keperluan manakala buffet di hotel adalah kehendak. Jubah/tudung plain basic (cukup menutup aurat) adalah keperluan manakala koleksi berfashion (corak, lace, sequin, custome made material dll) adalah kehendak. Rumah rakyat adalah keperluan manakala big banglow/rumah mewah adalah kehendak. Perubatan di hospital kerajaan adalah keperluan manakala perubatan di hospital Prince Court adalah kehendak. Pembelajaran di universiti kerajaan adalah keperlian manakala pembelajaran di universiti swasta adalah kehendak.

Kita harus gunakan kuasa otak untuk berfikir. Kalau kita nak berniaga, berniagalah kehendak manusia, bukanya keperluan manusia. Keperluan manusia untuk hidup jangan mudah dipermain-mainkan. Kalau kita ramai bersatu, keperluan hidup manusia tidak melambung tinggi harganya (ripple effect). Kita harus berpandangan secara menyeluruh untuk membantu secara khususnya bangsa Melayu Islam. Bukan untuk mengkayakan sesetengah golongan sahaja.

Betul, anda mampu menjadi Jutawan dengan jual-beli keperluan manusia, dan anda juga lupa yang anda juga mampu membuat lebih ramai susah dan mati.

Pernah terfikir tak kenapa keperluan hidup makin lama makin mahal? Sebenarnya kita yang menyebabkan ini terjadi apabila kita yang berjual-beli keperluan hidup. Cuba bayangkan kita berhenti berjual-beli keperluan hidup? Adakah harganya semakin naik? Semestinya tidak.

Itu yang saya hendak sampaikan, tapi masih ramai yang kurang faham.

Yang ikhlas menolong,
Khalif Samsudin

Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama. Dipersilakan SHARE & KOMEN di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.

Kategori: Nasihat