Nasihat Saya Untuk Belia Yang Ingin Membeli Rumah Di Malaysia

nasihat untuk anak muda beli rumah.jpg

“Biarlah kita menyewa bilik sekarang janji dapat bina istana akan datang, dari beli rumah teres sekarang dan kena bayar selama 30 tahun (itupun kalau masih mampu bayar)”

Siapakah kita nak katakan mustahil untuk membeli rumah cash dan tanpa dosa riba? Adakah result sesuatu benda di tangan kita atau Allah swt? Kalau “alif lam mim” pun tiada siapa tahu maksudnya, jangankan pula kita memandai lebih dari Allah swt. Allah lihat usaha dan perjuangan kita, dan Dialah menentukan segalanya. Kan Islam di akhir zaman itu seganjil kemunculanya. Pilihlah.

10 NASIHAT SAYA UNTUK BELIA YANG INGIN MEMBELI RUMAH DI MALAYSIA

1. Keperluan asas manusia seperti makanan, tempat tinggal, ubat-ubatan, pendidikan dan lain-lain lagi haruslah tidak dijadikan satu produk untuk meraih keuntungan.

2. Beza antara keperluan dan kehendak adalah harus dapat dibezakan secara jelas.

3. Rumah/tempat perlindungan adalah satu keperluan kepada sesebuah keluarga, mahupun keluarga miskin atau kaya.

4. Kebanyakkan harga rumah menjadi berlipat kali ganda mahal adalah disebabkan beli dan jual semula rumah oleh ‘real estate investor’ untuk meraih keuntungan dan bukanya dijadikan rumah itu untuk didiami.

5. ‘Ripple effect’ dari sifat tamak ‘real estate investor’ ini menyebabkan jurang besar antara golongan kaya dan golongan miskin. Yang kaya makin kaya dan yang miskin makin miskin dan langsung berkemungkinan menjadikan mereka ini tidak berumah/homeless.

6. Tugas sebenar ‘developer perumahan’ adalah untuk membina rumah dan menjualnya dengan harga mampu milik kepada masyarakat kerana rumah merupakan keperluan asas manusia bukanya kehendak manusia. Tetapi, developer perumahan berlumba-lumba menjadi real estate investors dengan menjual rumah dengan harga yang begitu mahal agar yang kaya mampu beli dan menjualnya kembali dengan harga berkali ganda mengikut kononya ‘harga market’ yang dicipta oleh puak-puak mereka sendiri. Yang miskin juga yang teraniaya.

7. Ya, anda boleh kaya-raya dengan melabur dengan real estate, dan jangan lupa yang anda juga mampu menyebabkan ramai lagi menjadi miskin tidak berumah.

8. Industri real estate adalah permainan orang kaya untuk menjadi kaya tanpa memikirkan kesusahan orang disekeliling mereka.

9. Kecuali anda melaukan investment real estate dengan menjual ‘kehendak’ masyarakat seperti shoplot kedai atau rumah-rumah agam mewah.

10. Jangan sesekali meraih keuntungan atas kesusahan orang lain.

Sebenarnya terlalu benyak untuk saya kongsikanya di sini.
Ilmu tidak boleh dilandaskan dengan wang ringgit dan tidak ternilai harga nya.

Jika anda rasa penulisan saya ini memberi kesedaran dan manfaat kepada anda, haruslah di “kongsikan” bersama orang lain agar ianya tersebar luas dan dapat manfaat bersama.

Dipersilakan SHARE & KOMEN di ruangan di bawah. Moga Allah merahmati perjuangan kita.