Rumah 30 Tahun Lepas Lain, Sekarang Lain, Mungkin Lagi 30 Tahun Lain?

rumah moden

Saya dulu tinggal di kampung semasa kecil. Saya perhatikan atuk saya bekerja dan nenek tak bekerja. Tapi mempunyai rumah dan kereta sendiri yang tidak berhutang. Saya rasa orang ramai pun macam tu. Itu semasa 20-30 tahun lepas.

Sekarang saya tengok kedua suami isteri terpaksa kerja untuk tampung hidup. Beli rumah dan kereta yang dibayar bulan-bulan kepada bank sampai 30 tahun akan datang. Itu pun kalau mampu bayar lagi 30 tahun mengikut ekonomi sekarang yang tak stabil.

BACA : Mengapa Kebanyakkan Golongan Muda Tidak Lagi Membeli Rumah Dan Kereta?

Agaknya lagi 30 tahun, dalam tahun 2046, mungkin keluarga anak atau cucu terpaksa bekerja untuk sambung bayar rumah dan kereta yang kita beli ini atas desakan ekonomi yang melampau jika kita bandingkan dengan tahun-tahun yang lepas.

Ada orang pakar dalam cycle setahun dua.
Tapi kurang ramai yang cuba kaji cycle berpuluh-puluh tahun.

Well, to each his own.

Carl Samsudin,
CEO of Bella Ammara Holdings
**reference dari termenung berfikir sendirian.