Sejarah Penubuhan Bella Ammara

bella ammara sg petani

Bella Ammara ditubuhkan pada 26 Julai 2012 dan menjalankan perniagaan secara online/Facebook dengan bermodalkan RM1,000 sahaja dengan menjual 9 pasang telekung. Selama hampir setahun Bella Ammara dioperasikan oleh saya dan isteri sahaja dari rumah sebelum mengambil pekerja pertama untuk pembukaan butik fizikal pertama di Setapak pada 1 Julai 2013.

Setahun selepas pembukaan butik pertama, butik kedua pula dibuka di Shah Alam pada 29 Ogos 2014, diikuti butik ketiga di Bangi pada 28 Mac 2015.

Butik keempat pula di Sungai Petani pada 30 Mei 2015 dan yang kelima di Johor Bahru pada 28 Ogos 2015. Butik keenam dan terbaru mereka adalah di Kuantan, dan dilancarkan pada 25 Disember 2015. Pada ketika ini, seramai hampir 60 orang/pekerja yang terlibat dalam operasi harian Bella Ammara. Dan masih mengekalkan prinsip ‘tiada loan bank & cash’.